Pada hari semalam Perdana Menteri mengumumkan harga petrol baharu menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Hanya pemegang kad pengenalan warganegara Malaysia dan lesen memandu yang aktif sahaja yang layak mendapatkan petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter mulai 30 September ini.

Baca Juga:

Bagaimanapun kira-kira 2.3 juta bakal terlepas untuk mendapatkan inisiatif tersebut.

Kenapa mereka terlepas BUDI95?

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didapati sebanyak 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, lapor Harian Metro.

Lesen mereka tidak aktif kerana sama ada sudah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun.

2.3 Juta Bakal Terlepas BUDI95, Apa Sebabnya?
Sumber Gambar: Kementerian Kewangan

Seperti diumumkan pihak kerajaan, hanya pemegang MyKad dan lesen memandu yang tidak luput sahaja boleh mendapat manfaat BUDI95.

Sekiranya 2.3 juta pemegang lesen memandu tidak mengaktifkan lesen semula, mereka bakal terlepas inisiatif berkenaan.

Sementara itu, Datuk Aedy berkata semua individu yang memandu kenderaan motor atas jalan perlu mempunyai lesen memandu sah dan berkuat kuasa selaras dengan ketetapan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Sekiranya pemegang lesen terbabit masih berhasrat untuk memandu kenderaan motor atas jalan, individu itu wajib menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03) di mana-mana institut memandu berdekatan untuk mendapatkan atau mengaktifkan semula lesen memandu berkenaan selaras ketetapan Akta 333,” jelasnya.

Pada masa sama  semua pemegang CDL yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun diseru untuk segera memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara.

Ini bagi bertujuan mengelak kewajipan menduduki semula KPP02 dan KPP03.

2.3 Juta Bakal Terlepas BUDI95, Apa Sebabnya?
Sumber Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, orang ramai bakal menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter mulai 30 September.

Sementara anggota polis & tentera akan mendapatkan manfaat lebih awal mulai 27 September.

Manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang sah pula mulai 28 September.

Sementara bukan warganegara pula tidak layak mendapat inisiatif BUDI95 dan perlu membayar RON95 pada harga RM2.60 seliter.

2.3 Juta Bakal Terlepas BUDI95, Apa Sebabnya?
Sumber Gambar: Facebook Anwar Ibrahim