Rejoice gamers sebab sebuah lagi game lejen boleh dimainkan di iPhone anda! Kali ini giliran Super Mario pula bakal menjadi fenomena.

Pengasas Super Mario, Shigeru Miyamoto telah membuat penampilan istimewa di persidangan Apple dan membuat pengumuman Super Mario Run akan berada untuk pelantar iOS bulan Disember ini dan dilancarkan di 100 negara.

tendo 2

Sama seperti Pokemon Go, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk memuat turun permainan ini. Cuma anda perlu membayar jika mahu bermain edisi penuh permainan ini.

Menariknya, saham Nintendo melonjak selepas pengumuman Super Mario Run ini dibuat. Apa tidaknya, potensi game ini sangat besar kerana ramai yang membesar bermain game ini. Saham Nintendo melonjak 18% dan kemudiannya menurun sedikit untuk kekal pada 13% kenaikkan.

tendo 3

Industri permainan telefon bimbit kini semakin berkembang dari hari ke hari dan ramai yang mengecam Nintendo kerana lambat untuk masuk ke industri ini. Super Mario Run ini adalah permulaan untuk banyak lagi permainan video dari Nintendo di masa akan datang.

Bagi pengguna Android, jangan risau kerana Super Mario Run turut akan ada di pelantar Android. Nintendo merancang akan mengeluarkan lebih banyak permainan video baru pada bulan Mac tahun depan. Anda boleh lihat video penuh presentation Shigeru di bawah. Game apa yang paling anda nak Nintendo keluarkan selepas Super Mario Run? Saya nak Zelda!

Sumber