Athira selaku ibu kandung Musa baru-baru ini tampil membuat tiga tuntutan kepada Noh Salleh untuktarik balik kenyataan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa di media sosial dalam tempoh 24 jam.

Isu tersebut nyata mendapat perhatian ramai selepas Athira yang sebelum ini hanya berdiam diri tampil membuat tuntutan selepas tularnya isu perebutan penjagaan antara Noh Salleh dengan bekas isterinya, Mizz Nina.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada hari ini, Noh Salleh akur dengan kesilapan yang dibuat serta membuat permohonan maaf secara terbuka dan dikongsikan kepada umum menerusi Instagram.

Nafi terdapat perjanjian

“Assalamualaikum. Mengulas balik kenyataan yang dibuat oleh ibu kandung Musa semalam bertarikh 25 Januari 2024, saya ingin menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali.” ulas Noh Salleh

Menurut Noh, dia tidak tahu menahu mengenai perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isterinya, Mizz Nina di mana mereka dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform.

Mengulas balik kenyataan yang dibuat oleh ibu kandung Musa semalam bertarikh 25 Januari 2024, saya ingin menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

Jawab isu manipulasi

“Bagi isu manipulasi pula, perkara tersebut adalah tidak benar di mana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau telah pun bersetuju untuk memberi penjagaan Musa kepada saya secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa.

Akan tetapi saya faham akan kedudukan beliau sebagai ibu kandung Musa di mana beliau mempunyai hak sepenuhnya ke atas perkembangan Musa dan saya hormati keputusan beliau pada waktu ini.

Namun, saya, sebagai seorang manusia biasa pasti ada membuat kesilapan kerana tidak memikirkan sensitiviti beliau serta terlalu mengikut perasaan rindu akan Musa telah pun memuat naik gambar anak saya sama seperti ibu bapa lain di luar sana.

Saya juga ingin tekankan bahawa saya masih tetap dgn pendirian saya sebelum ini di mana, apa yang penting bagi saya ialah kesihatan mental dan fizikal Musa.” ulas Noh Salleh menerusi laman Instagram beliau.