Kemeriahan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba semakin dirasai apabila orang ramai mula membanjiri beberapa institusi kewangan di seluruh negara sejak awal pagi tadi
Tinjauan dari media sosial mendapati, inisiatif menukar wang kertas baharu bagi tujuan pemberian ‘duit raya’ telah menyebabkan kesesakan luar biasa di perkarangan bank.
Maklumat yang dikongsikan oleh pengguna, orang ramai sanggup datang seawal 8 pagi demi mendapatkan nombor giliran dan merebut duit baharu.

Antara bank yang dilaporkan dipenuhi dengan barisan manusia termasuklah Bank Islam di Bertam, Maybank Wangsa Maju, Gombak & Sentul Jaya, CIMB Bukit Baru & Shah Alam.
Ramai yang berkongsi gambar dan video memperlihatkan orang ramai gigih beratur di cawangan tertentu dan ada sebahagian individu yang memilih untuk datang pada waktu dan hari lain yang lebih lenggang.
Selain itu, ada juga mendedahkan sebahagian sudah kehabisan not tertentu kerana permintaan yang tinggi.
Tidak kurang juga, seorang individu berkongsi sampaikan tahap nombor giliran sudah habis sekaligus memberi gambaran penyertaan pelanggan yang memberangsangkan.
Walaupun di dalam keghairahan orang ramai berebut untuk mendapatkan petukaran wang duit raya tersebut, janganlah lupa untuk menjaga adab dan budi bahasa jika permintaan anda tidak dapat dipenuhi.
Hal ini kerana seorang individu mendedahkan terdapat isu di mana staf bank telah ditengking gara-gara kehabisan duit raya.
Setiap cawangan bank sudah semestinya mempunyai kuota dan jumlah yang ditetapkan, jadi ikuti prosedur dan ikut budi bicara pihak yang menguruskannya.
Nombor giliran pula terhad mengikut bank yang dikunjungi kerana ada yang mendakwa sekitar 100 sehingga 150 dalam sehari.
Nak tahu tarikh pertukaran duit raya mengikut bank anda? Boleh klik pautan di sini.