Noraniza Idris dikritik dan di-troll gara gara poster konsertnya yang dianggap seperti poster konsert Tahun Baru Cina.

Penyanyi tersebut kecewa dengan segelintir netizen yang mengkritik tanpa usul periksa. Lalu meminta golongan ini untuk mempelajari budaya negeri Melaka.

Menurut Noraniza Idris, busana yang dia pakai sebagai satu penghormatan kepada budaya negeri Melaka. Memandangkan Konsert Qalam Noraniza Idris akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka.

Menjelaskan tentang perkara itu menerusi saluran media sosial miliknya, Noraniza Idris berkata: “Sebab Melaka dik. Orang Melaka pakai sanggul lintang, tak tahu ke?

“Melaka ada budaya mereka tersendiri. Jadi kita masuk ke Melaka, kita praktikkan budaya mereka. Bukan Tahun Baru Cina, faham tak?”

Noraniza Idris turut menjelaskan kedudukan tangannya yang dikatakan seperti seorang wanita Cina dengan pakaian tradisional mereka.

Noraniza Idris benar benar tidak percaya apabila ada pihak yang beranggapan sedemikian, sedangkan dengan jelas tangannya itu menggenggam keris Melayu.

Noraniza Idris menasihati mereka yang cepat mempersendakan poster tersebut untuk belajar tentang budaya Melaka. Yang memang dipengaruhi oleh budaya Cina.

Pengaruh budaya Cina wujud di Melaka dalam seni muzik, bangunan dan banyak lagi, tehas penyanyi veteran itu lagi.

“Contohnya Dondang Sayang, Baba Nyonya. Begitu juga dengan bangunan bangunan di Melaka. Peminat harus faham dan kaji sejarah mereka,” tambah penyanyi veteran itu lagi – seperti dilaporkan mStar Online.