Terdahulu, penyanyi Noraniza Idris membuat keputusan untuk menunda Konsert Malai Solo yang dijadualkan berlansung pada 21 hingga 23 Oktober 2022 selepas terpalit kontroversi penglibatannya bersama skim rumah murah yang didakwa mempunyai unsur penipuan.

Selepas lama menyepi, Noraniza yang ditemu bual Melodi mengatakan dirinya mengalami kemurungan teruk akibat kontroversi yang melanda dirinya ketika itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@melodiberapi

Berat sebenarnya ujian yang dihadapi penyanyi Noraniza Idris menyebabkan trauma dalam diri beliau susulan kontroversi pembatalan konsert dan penipuan tahun lalu. Stay strong Kak Ani 💪🏻❤️ apa yang jadi pasti ada hikmah. #meloditv3 #artismalaysia #iramamalaysia #noranizaidris #intanpayung #tv3malaysia

♬ original sound – Melodi – Melodi tv3

Tambahnya, dirinya merupakan mangsa keadaan tetapi kejadian yang berlaku itu telah menyebabkannya dikecam teruk sehinggakan nama baik keluarganya turut tercemar. Malah, kejadian itu juga telah menyebabkan dirinya tertekan sehinggakan benci untuk mendengar perkataan ‘konsert’.

“Impak (kejadian) itu sangat negatif kepada diri saya sehinggakan saya mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri dan rasa bersalah sangat selepas saya dijadikan mangsa di dalam industri hiburan tanah air.

“Saya melakukan cara yang betul tetapi dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab sehinggakan keluarga saya menerima kata-kata yang tidak baik dan dalam masa yang sama mencalarkan maruah keluarga.

“Betapa susahnya saya nak naikkan martabat lagu bertemakan irama Malaysia ini tetapi dengan senangnya orang memanipulasi yang pada akhirnya menampakkan seperti saya yang menipu dan bersalah.

“Ia buatkan saya kesal dan putus asa sehinggakan ada satu ketika saya rasa nak tutup buku yang berkaitan dengan industri hiburan.” ujar Noraniza.