Siti Norhidayah yang merupakan balu kepada arwah Abam Bocey, kini sudah menjadi tunangan orang. Norhidayah berkongsi gambar tunangnya itu di Instagram.

Status tunang Norhidayah itu kekal misteri, dengan lelaki itu kelihatan membelakangi kamera yang mengambil gambar Norhidayah yang sedang duduh di atas pelamin sambil memegang bunga.

Baca Juga:

Pengikut setia Norhidayah mengucapkan tahniah kepadanya dan berharap mereka akan bahagia sehingga ke anak cucu.

Selain itu ada yang menegur segelintir pihak yang mempertikaikan kesetiaan Norhidayah kepada arwah Abam. Mereka seakan akan tidak boleh menerima Norhidayah sudah menjadi tunangan orang.

Amalia menulis: “Alhamdulillah tahniah Dayah. Yang mana komen bitter [sakit hati] kononnya [Norhidayah dah] berubah hati pada arwah bagai. Shame on you [kamu memalukan] sebab pertikaikan jodoh ajal maut orang.

“Apa – apa pun semoga dipermudahkan urusan Dayah dan bakal pasangan.”

Sambil berseloroh meminta bakal suami Norhidayah itu menyayangi juga Hamzah (anak Norhidayah dengan Abam) dengan seikhlas hati atau mereka akan ‘hentak’ nanti, kata Amalia sambil bergurau.

Selebriti Serina Redzuawan meminta Norhidayah tidak ambil peduli kata kata netizen yang mengecamnya. Kerana menurut Serina, Norhidayah masih perlukan kasih sayang seorang suami untuk bergantung.

Serina menulis: Tahniah Hidayah. MashaAllah berseri wajah bakal pengantin. Alhamdulillah moga suami baru akan sayang dan bimbing Hamzah dengan Ikhlas dan sepenuh hati. Pedulikan kata netizen.

“Kamu masih muda perlu kasih sayang suami dan tempat bergantung. Allah maha mengetahui mengaturkan pada saat yang tepat.”

Norhidayah sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama dengan arwah Abam pada 2017. Dan perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 yang lalu akibat sakit.

Sumber