Kita kini berada di masa serba tidak menentu, wang adalah sesuatu perkara yang paling penting dan menjadi antara pegangan untuk semua manusia terus hidup di zaman serba yang tidak menentu ini.
Di zaman yang serba mahal ini, gaji yang diperoleh sudah pastilah mahu digunakan sebaik-baiknya dan sejimat-jimatnya. Namun bagaimana jika gaji bulanan anda adalah RM450 sebulan? Bolehkah anda hidup selama sebulan dengan wang sebanyak itu?
Persoalan di atas mungkin kedengaran seolah khayalan, namun ia adalah realiti yang menimpa salah seorang pengikut Twitter selebriti terkenal Fedtri Yahya.
Tak dapat dibayangkan… pic.twitter.com/uRGRFZ1loy
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 21, 2022
Dalam ciapan terbaharunya, Fedtri Yahya memuatnaik satu tangkap layar mesej yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya di Twitter yang bertanya adakah normal di zaman sekarang ada lagi orang yang masih menerima gaji di bawah RM500.
“Assalamualaikum tuan, i need your help to ask around. Normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ni? Anyway saya bekerja sebagai guru di sebuah ‘tadika islamic’ yang saya tak nak sebut namanya,” katanya yang tidak dirahsiakan identitinya.
Pertanyaan daripada pengikut tersebut mendapat reaksi kurang senang daripada Fedtri Yahya yang berkata “tak dapat dibayangkan…” apabila membaca persoalan guru tadika tersebut yang bergaji RM450 di zaman serba moden.
Mungkin gaji ikut jumlah murid tadika. Jika seorang rm150. Jadi 3 orang = RM450
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 21, 2022
Fedtri Yahya cuba bersangka baik dengan berkata bahawa mungkin gaji yang diperoleh cikgu tersebut adalah mengikut jumlah murid yang didaftarkan bersekolah di tadika tersebut.
Selepas ciapan itu dimuatnaik, terdapat tiga orang lagi yang bekerja sebagai guru tadika tampil mengaku bahawa mereka mendapat gaji di paras RM500 sebulan. Salah seorang daripadanya malah akui, tadika kemas masih membayar gaji dengan kadar itu.
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 21, 2022
Lihatlah dunia pic.twitter.com/Ubv7wXs0TU
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 21, 2022
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 22, 2022
Ciapan tersebut kini mendapat lebih 3,000 ulang ciap dengan beratus komen. Kebanyakan netizen menyatakan rasa terkejut dengan situasi guru tadika yang masih bergaji rendah di zaman serba mahal.
Sebahagian yang lain pula mula berkongsi pengalaman mereka atau teman mereka yang pernah bekerja sebagai guru tadika, difahamkan kebanyakan mereka dibayar dengan gaji yang rendah sepanjang menjadi guru tadika.
Zaman bila punya gaji ni. Boleh report pejabat buruh. Atau pihak berkuasa tertentu yang bekaitan dengan jabatan agama. Memang kerja ikhlas kerana Allah. Tapi jika ditindas perlukan keadilan.
— ALi WiRA 🐝 (@stay2pku) June 21, 2022
Sis sedang di cheap labourkan. I pernah kerja tadika yizlumik terkemuka Malaysia and Co founder dia pernah cakap “nasib skrg gov tetapkan gaji minima 1.2k kalau tak nak bagi 800 je”. Terkedu I time tu. Plus diorang mostly penunggang agama sikit suruh kerja lebih kerana Allah…
— Noona 🇲🇾🏴 (@lowkeyizz) June 21, 2022
Cikgu tadika sumpah kesian. My gf kerja sampai malam, sikit ot pon takde. Haritu tadika dia pindah, dia yang kene alihkan barang. Hairan aku, ni ke tugas guru
Bayangkan, siang mengajar, petang malam mengemas.. selama sebulan. Sampai MC sebab overwork. Hujung bulan dapat 800
— Mong Banjang (@xliff_ixmal) June 21, 2022
Tak normal. elok cari kerja lain. takut bawa masalah jiwa pulak nanti macamm kemurungan atau tiba2 ada 20 personaliti.
— bahruddin bekri 🇲🇾 (@bahruddinbekri) June 21, 2022
Urm, mak saya kerja 38 tahun. Tadika Islamik jugak. Gaji tak pernah sampai pun gaji basic. Tapi disebabkan dalam kampung, yuran murah terlampau murah, yang murah tu pun parent tak bayar. Mungkin sebab tu tak dapat tampung bayaran gaji guru masa tu.
Pengalaman sendiri la.
— IrfanMahfuz (@TheIrfanMahfuz) June 21, 2022
Keliru Fedtri Yahya dengan Ally Iskandar, telatan kanak-kanak ini cuit hati netizen. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Keliru Fedtri Yahya Dengan Ally Iskandar, Telatah Kanak-Kanak Ini Cuit Hati Netizen
Itinerari 9 Hari Kembara Solo Fedtri Yahya Ke 6 Negara Balkan
Fedtri Yahya Jelaskan Maksud Sebenar Lirik ‘Miskin, Hina’ Dalam Lagu Sesuci Lebaran