Norman Hakim agak terkilan dengan tindakan Abby Abadi yang terlalu terbuka berkongsi isu melibatkan Marrissa Dania.

Abby Abadi dilihat lantang berkongsi isu tersebut dengan media termasuk dalam sidang podcast.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Abby Abadi turut kesal dengan tindakannya yang berkongsi cerita dengan wartawan untuk ditemuramah. Ternyata ada portal tertentu yang menulis artikel dengan tajuk mengelirukan.

Abby berkata: “Rasa macam menyesal pula serah diri di interview.

“Tak pasal pasal portal sana sini ambil buat bahan, pastu buat headline yang mengelirukan. Kejap tulis lain, kejap lain pula, padahal bukan pun seperti yang saya maksudkan.

“Manusia pun fahaman berbeza. Tak faham, tak tahu cerita, baca tajuk. Tetapi tetap nak komen juga. Saya ok je sebenarnya. Boleh bekerjasama dengan baik.

“Tapi janganlah menulis tu sampai timbulkan masalah lain pula sampai saya sendiri baca, saya sendiri pun pening kepala,” tegas Abby Abadi.

 

Norman Hakim akhirnya tampil menegur bekas isterinya itu agar tidak bersikap terlalu terbuka dalam hal rumah tangga mereka.

Dia turut meminta Abby Abadi agar beristigfar. Kerana lebih banyak perkara yang ditulis akan menimbulkan lebih banyak salah faham.

“Istighfar bok [gelaran Abby], bawa  bertenang. Lagi banyak menulis,lagi banyak salah faham nanti.

“Tak perlu semua benda kena kongsi dengan seantero Malaya,” kata Norman Hakim di ruangan komen Instagram Abby Abadi.

“Tak pernah sesaat saya lepas tangan.Dah habis sini,iftar sesama.Nanti sambung sembang masa iftar,” tegas Norman Hakim.