Terdahulu, hubungan Norman Hakim dan Abby Abadi terlihat baik-baik sahaja walaupun sudah bercerai apabila sering bercuti serta meluangkan masa dengan keluarga masing-masing bersama.

Akan tetapi, kes yang melibatkan anak mereka Marissa baru-baru ini seolah-olah telah merosakkan hubungan baik mereka. Terbaharu, Norman telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya memaparkan sambutan hari jadi anaknya bersama Abby iaitu Danish.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran terbabit, Norman berkata kehadiran Danish dalam hidupnya telah membawa erti kebahagiaan dan berdoa agar ikatan kasih sayang antara dia, Danish dan ahli keluarga yang lain terus kekal selama-lamanya hingga ke akhir hayat.

“Terima kasih Allah, terima kasih abang. Semoga bonding kita ini akan terus kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah.

Tolong maafkan papa andai ada khilaf papa selama 21 tahun kita bersama. Andai ada rezeki, bawalah kami mama (Abby Abadi), mummy (Memey Suhaiza), abah, adik-adik semua ke syurga insya-Allah.” tulis Norman.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Danish dan ada netizen yang berasa sebak membaca ucapan Norman.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mempersoalkan ketiadaan Abby Abadi di majlis tersebut kerana kebiasaannya Abby akan menghadiri majlis yang melibatkan anak mereka.

Sekadar info, Danish merupakan anak sulung hasil perkahwinan Abby dan Norman. Namun mereka disahkan bercerai pada 2009.