Setelah beberapa minggu diberi teaser, kini secara rasminya Nothing Phone (2) diperkenalkan di Malaysia. Pada kali ini, peranti ini datang dengan perubahan yang lebih baik untuk pengalaman penggunaan harian yang menakjubkan.

Selain dilengkapi dengan spesifikasi yang padu, rekaan peranti juga diubah suai untuk tampak premium dan unik. Buat para peminat, boleh ketahui informasi Nothing Phone (2) dengan meneruskan bacaan di bawah.

Baca Juga:

Nothing Phone (2)

Sumber Gambar: The Vocket

Nothing Phone (2) hadir dengan skrin 6.7-inci OLED LTPO FHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz. Kemudian, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama memori 12GB RAM serta storan sehingga 512GB.

Pada bahagian belakang pula, peranti ini masih mengekalkan konfigurasi dwi-kamera cuma kini dengan sensor 50MP Sony IMX890 + 50MP Samsung JN1 dan kamera swafoto pula 32MP. Nothing malah mengekalkan penggunan sistem dwi-kamera di belakang yang terdiri daripada sensor sudut lebar dan ultra sudut lebar sahaja.

Sumber Gambar: The Vocket

Lampu di panel belakang dikemaskini pula dengan 33 zon pencahayaan. Pada kali ini, lampu glyph juga menerima tambah baik dari segi binaan yang mana ditanam pada lapisan belakang sekaligus tidak mudah tercabut. Sistem operasi yang digunakan pula adalah Nothing OS 2.0 berasaskan Android 13.

Menariknya, bateri sebesar 4,700 mAh mempunyai sokongan pengecasan pantas 45W dan juga boleh dicas secara wireless pada kelajuan 15W. Peranti ini juga sedia ditawarkan dengan dua warna iaitu kelabu dan putih.

Di Malaysia, Nothing Phone (2) ditawarkan iaitu pada harga RM2,999 untuk versi 12/256GB dan RM3499 untuk versi 12/512GB dalam pilihan warna putih serta kelabu. Jualan terhad bermula esok 15 Julai di Crossover, Mid Valley dan jualan umum pula pada 22 Julai.