Nottingham Forest dan Crystal Palace meneruskan kemaraan dalam Piala FA 2024/25 selepas melepasi cabaran masing-masing untuk melangkah ke separuh akhir.

Forest yang menikmati musim cukup cemerlang dibawah kendalian Nuno Espirito Santo terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan Brighton & Hove Albion 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi sebenar berkesudahan tanpa jaringan.

Baca Juga:

Piala FA
Soccer Football – FA Cup – Quarter Final – Brighton & Hove Albion v Nottingham Forest – The American Express Community Stadium, Brighton, Britain – March 29, 2025 Brighton & Hove Albion’s Diego Gomez has his shot saved by Nottingham Forest’s Matz Sels during the penalty shoot-out Action Images via Reuters/Peter Cziborra

Ia merupakan kali ketiga berturut-turut Forest terpaksa beraksi hingga ke penentuan sepakan penalti dalam saingan Piala FA dimana sebelum ini mereka mengatasi Exeter City dan Ipswich Town juga menerusi situasi sama.

Sebagai rekod, Nottingham Forest pernah muncul juara Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada edisi 1898 dan 1959.

Kali terakhir The Reds membuat penampilan di pentas final adalah pada 1991 tetapi skuad yang ketika itu dibimbing Nigel Clough tewas kepada Tottenham Hotspur 1-2.

Manakala, Crystal Palace pula tidak terlalu berdepan masalah untuk menewaskan Fulham 3-0 walaupun beraksi di Craven Cottage.

Piala FA
Soccer Football – FA Cup – Quarter Final – Fulham v Crystal Palace – Craven Cottage, London, Britain – March 29, 2025 Crystal Palace’s Eddie Nketiah scores their third goal as Fulham’s Bernd Leno looks on Action Images via Reuters/Paul Childs

Jaringan Palace hadir menerusi sentuhan Eberechi Oluchi Eze pada minit ke-34 dan kemudiannya Ismaila Sarr menambah gol kedua berselang empat minit kemudian.

Eddie Nketiah memadamkan api perjungan pasukan tuan rumah dengan jaringan ketiga yang dihasilkan pada minit ke-75.

Dua lagi aksi suku akhir Piala FA 2024/25

Empat lagi pasukan akan turun beraksi malam iniĀ  dengan Aston Villa bakal berkunjung ke Deepdale Stadium untuk menghadapi Preston North End dan Bournemouth pula akan menanti cabaran Manchester City.