Penyanyi terkenal, Nourul Depp menjadi bualan ramai sekali lagi apabila berkongsikan foto sambutan Krismas yang diadakan di rumahnya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 45 tahun itu mengatakan sambutan tersebut untuk meraikan ibu dan bapa mertuanya yang sekarang berada di Bali, Indonesia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi Instagram storynya, Nourul meluahkan rasa gembira menyambut Krismas untuk kedua ibu bapa mertuanya walaupun mertuanya tidak terlalu mengamalkan ajaran Kristian.

Nourul turut menjelaskan dia masih berpegang dengan ajaran Islam dan tidak pernah ada niat untuk meletakkan agama jauh dari fikiran dan hati.

“Tuhan sahaja yang tahu, kamu yang menghukum itu, terimalah nanti,” ujarnya di laman Instagtam Story.

Bukan itu sahaja, dia menegaskan dia tidak akan maafkan netizen yang memberikan komen buruk mengenainya serta menghemburkan kata-kata kesat padanya.

Untuk rekod, Nourul dan keluarga berpindah dan menetap di Bali, Indonesia jak September tahun lalu setelah hampir beberapa bulan tertangguh. Terdahulu, Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata.