Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) kini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas salah satu pasar rayanya didapati menjual daging yang didakwa sebagai daging katak.

Menerusi satu kenyataan, NSK memaklumkan bahawa syarikat berkenaan sedar isu tersebut adalah sangat serius serta tindakan sudah diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak akan terjadi lagi.

Baca Juga:

”Kami memohon moof atas insiden yang berlaku pada 20 Oktober lalu.

“Kami faham tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta. Amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai daging dipercayai adalah daging katak yang dijual bersama barang lain di pasar raya NSK di Selayang.

Difahamkan siasatan lanjut dibuat NSK mendapati pengedar menghantar barangan terbabit bersama tempahan lain dan diletakkan di bahagian jualan barang basah.

Kemudian, pekerja yang menguruskan bahagian tersebut membuka dan mempamerkan daging berkenaan tanpa mengetahui ia adalah daging katak.

Selepas ia dimaklumkan kepada pekerja pasar raya berkenaan, daging itu kemudiannya dialihkan dari meja jualan.

Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya akan memastikan tidak ada lagi kejadian seumpama itu berulang.

“Kami memohon maaf akan memastikan sebaik-baiknya tidak berlaku lagi kesilapan tersebut,” katanya.