Buat julung kalinya, NU FEST 2027 bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Januari 2027, menghimpunkan muzik, budaya dan kreativiti dalam sebuah festival yang menyasarkan golongan muda Malaysia.

Dianjurkan oleh COMs. Creative Studio dengan kerjasama AKE Seni, NU FEST membawa konsep ‘Music, Culture & Community’ yang bukan sekadar menawarkan persembahan muzik, malah turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk karnival, pasar kreatif, kawasan makanan, Rock Zone dan brand activation.

Menerusi pengumuman Fasa 1 dan Fasa 2, festival ini bakal menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa seperti The Changcuters, Nidji, Masdo, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja dan Monosterio. Turut membuat kemunculan istimewa ialah Band D_Va serta komuniti DJ tempatan, Beats & Brew.

Antara persembahan yang dijangka menjadi tumpuan ialah kemunculan Nidji yang bakal menghiburkan pengunjung selama 90 minit, selain Masdo yang popular dalam kalangan generasi muda menerusi muzik berteraskan pengaruh retro dengan sentuhan moden.

Menurut wakil COMs. Creative Studio, En. Zairul Addry Helmy, NU FEST dirancang sebagai sebuah festival gaya hidup yang membolehkan pengunjung menikmati pelbagai aktiviti dan pengalaman sebelum menyaksikan persembahan di pentas utama.

Dari segi tiket, harga bermula serendah RM88, dengan tawaran khas turut disediakan untuk pembelian secara berkumpulan. Jualan Fasa 1 akan membuka kategori Standing terlebih dahulu, manakala kategori Seating dan Grandstand akan diumumkan kemudian.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman sulung NU FEST 2027 dan tiket boleh didapati di sini.