Komposer terkenal, Julfekar turut mengkritik sikap bongkak Elle Thong dari SMDX. Sebuah kumpulan wanita dari Sabah yang baru mengeluarkan single terbaru mereka berjudul Original Sabahan.

Dalam satu sesi dengan peminat, Elle telah menunjukkan cara menjawab yang dianggap biadap dan bongkak.

Antaranya, dia melabel orang Sabah yang mengkritik pakaian yang mereka pakai sebagai tidak memahami tentang pakaian moden. Ini selepas SMDX menerima kritikan kerana dianggap merosakkan baju tradisional Sabah.

Kemudian Elle dengan wajah berlagak menyatakan dia tak kenal Dolla ketika peminat menganggap SMDX sebagai pencabar kepada Dolla selepas ini.

Dia juga menggelar mereka yang mengkritik SMDX sebagai haters yang dia tidak kisah pun.

Elle berkata: “Maybe ada, eh bukan maybe, memang ada haters yang kecam sebab cemburu , tapi kan, di I care [ada aku kisah]?

“Cukup training sudah saya punya mental

“Lagu tu tidaklah mereka kecam sangat, tetapi pakaian, mungkin mereka diorang tidak tahun pasal moden. Peduli apa?

Ketika ada peminat menganggap SMDX boleh menjadi pencabar kepada Dolla, Elle dengan berlagak berkata: ” Siapa Dolla, saya tidak kenal Dolla.

“Mungkin Davy dan Crystal kenal Dolla, saya tidak kenal. Siapa tu? Bukan sombong, memang tidak kenal pun.”

@malaysianspeaks

Kumpulan pop wanita baru asal Sabah teruk dikecam netizen, apa pandangan korang? #smdx #dolla #xeno #dollaofficial #idolla #sabah #fyp #malaysianspeaks #viralmalaysia

♬ original sound – Malaysian Speaks – Malaysian Speaks

Julfekar kemudian melihat sendiri klip video tersebut. Dan akhirnya faham kenapa SMDX menerima kecaman daripada ramai. Dia melabel Elle Thong sebagai ada masalah sikap atau attitude.

Julfekar menegaskan, bahawa SMDX baru sahaja mengeluarkan lagu yang diberi nafas baharu, bukannya lagu sendiri, tetapi sudah bodoh sombong.

Julfekar menasihati SMDX memberikan kelas PR kepada artis mereka. Kerana tindakan Elle ini tidak ubah memalukan orang Sabah sahaja.

Julfekar menulis di Facebooknya: “Belum apa-apa lagi sudah ada ‘attitude problem’.

“Baru satu lagu release, itu pun bukan lagu diorang sendiri, lagu revival lagu orang ja pun, sudah jadi buduh sumbung.

“Cara menjawab tu biarlah nampak cerdik dan humble bah. Nda rugi merendah diri. Ini cara menjawab tu bah..aduiina… patutlah kena kecam.

“Kena training PR kamu ni. Bikin rusak nama SMDX ja. Kali..rasanya SMDX kena kick dia dari group. Janganlah bikin malu urang Sabah.. hmmm.”