XIOKK Entertainment – label yang menguruskan kumpulan SMDX – tampil minta permohonan maaf secara rasmi atas beberapa isu kontroversi kumpulan itu.
Pertamanya berkaitan isu plagiat, di mana SMDX dituduh membawa lagu plagiat berjudul Original Sabahan. XIOKK menjelaskan bahawa mereka sudah mendapatkan hak dan kebenaran dengan Rusa Marketing untuk menerbitkan dan membikin semula lagu Origina Sabahan.
Seterusnya, isu kedua berkaitan dengan pemakaian kumpulan itu yang dianggap merosakkan pakaian tradisional masyarakat Sabah. Ini apabila SMDX membuatkan baju tradisional itu menjadi sangat seksi dan diubahsuai atas alasan moden.
Ramai peminat dari Sabah sendiri kecewa kerana menurut mereka, mereka tidak begitu kisah SMDX berimej seksi, namun janganlah ‘potong kain’ dan ubah baju tradisional sehingga menjadikannya pakaian mencolok mata.
XIOKK berkata mereka akui mereka khilaf dalam hal tersebut dan meminta maaf.
“Kami ini meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan pilihan pemakaian kami. Kami mengakui ada banyak lagi yang boleh kami perbaiki. Kami mengambil semua kritikan dan dengan izin tuhan, kami akan perbaiki di masa depan,” tegas syarikat itu.
Yang ketiga XIOKK minta maaf berkaitan dengan sikap Elle Thong – salah seorang anggota SMDX – yang dianggap bongkak ketika bercakap membuatkan ramai yang menyampah.
XIOKK berkata: “Bagi pihak El dan SMDX, kami secara formal membuat permohonan maaf kepada semua pihak atas kekhilafan kami.
“Kami mengaku banyak lagi yang kami perlu pelajari.Kami berjanji akan perbaiki cara kami.”
Walaubagaimanapun XIOKK menyatakan mereka tidak akan berdiam diri di atas kecaman dan pembulian ke atas artis mereka. Ramai yang mulai menulis ‘Do I Care’ di ruangan komen berkaitan SMDX.
Ianya merujuk kepada cara Elle Thong memberitahu peminat bahawa ‘peduli apa’ dia dengan haters kerana menurutnya dia sudah cukup latihan dari segi mental untuk berdepan mereka.
Elle juga dengan reaksi dianggap sombong menyatakan dia tak kenal Dolla.
Pihak XIOKK mengakui mereka banyak memadamkan komen menghina dan berbaur pembulian siber ke atas El.
“Namun syarikat tidak akan menerima apa-apa kecaman yang berbaur pembulian dan memalukan artis-artis kami. Kami mohon maaf kerana terpaksa membuang segala komen yang mengandungi sentimen sebegitu. Kami di sini cuma ingin belajar dan berkarya,”
Netizen meminta XIOKK untuk melatih artis mereka dengan cara PR yang betul untuk berada di hadapan media dan peminat.
Yang lain pula menerima permohonan maaf itu dan berharap SMDX akan belajar daripada kesilapan mereka dan menjadi lebih baik.