Portal hiburan OhBulan! mengumumkan penganjuran OhBulan! Paling Viral Online, sebuah program digital yang akan disiarkan secara langsung di TikTok rasmi, OhBulan!

OhBulan! Paling Viral Online diwujudkan khas untuk meraikan individu yang berjaya mencetus fenomena serta meninggalkan impak besar di dunia digital. Ia meliputi selebriti, pempengaruh media sosial, pencipta kandungan, usahawan, drama, lagu dan kelab peminat.

Apa yang menjadikan program ini lebih istimewa adalah peminat memainkan peranan sepenuhnya dalam menentukan pemenang melalui undian, sekaligus menghargai usaha keras mereka.

Selain itu, tonggak utama OhBulan! Paling Viral Online adalah untuk meraikan kejayaan kandungan tular serta mengiktiraf pengaruh digital yang signifikan dalam era kemajuan teknologi masa kini.

Tujuh Kategori Dipertandingkan di OhBulan! Paling Viral Online

OhBulan! Paling Viral Online Raikan Ikon Dalam Talian Kesukaan Anda

Tujuh kategori dipertandingkan antaranya Anugerah Utama OhBulan! Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.

Peminat boleh mula mengundi bermula 29 September sehingga 25 November 2025, dengan had maksimum 50 undian setiap hari.

Senarai rasmi Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, manakala malam kemuncak anugerah akan berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam hingga 11 malam.

“OhBulan! Paling Viral Online dianjurkan buat julung kalinya pada tahun ini.

“Program ini bukan sahaja mengiktiraf barisan selebriti, pencipta kandungan, usahawan, lagu serta drama paling tular, malah satu kategori istimewa turut diperkenalkan khusus buat para peminat.

“Kami yakin dengan sokongan anda, program ini bakal mencipta impak yang luar biasa,” kata Ketua Kandungan Editorial OhBulan!, Noor Zulaikha Yusof.

Bagi memperluas capaian dan meningkatkan keterlihatan program, OhBulan! telah merangka strategi promosi komprehensif berskala besar yang merangkumi penerbitan artikel eksklusif, penghasilan siri video pendek di platform TikTok dan YouTube, podcast Show Dalam Bilik, serta paparan iklan digital.

Hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline digalakkan untuk digunakan bagi merangsang perbualan serta meningkatkan penglibatan peminat di platform media sosial.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi mikro OhBulan! di www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.