Skuad bola sepak Oman nampaknya berjaya mendapatkan khidmat pakar taktikal dari Eropah apabila melantik Jaroslav Silhavy sebagai Ketua Jurulatih baharu sebelum aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Malaysia pada bulan Mac ini.
Pengendali berusia 62 tahun itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun bagi menggantikan tempat Branko Ivankovic yang dipecat susulan prestasi buruk di Piala Asia 2023, Qatar baru-baru ini.
Baca Juga:
- Pengendali Kyrgyzstan Anggap Oman Pasukan Terkuat Dalam Kumpulan D
- Kyrgyzstan Tewaskan Oman, Beri Kelebihan Untuk Malaysia
- Harimau Malaya Antara 5 Pasukan Yang Dapat Perhatian FIFA
Persembahan buruk Oman yang hanya meraih dua mata dan menghuni tangga ketiga Kumpulan F di belakang Arab Saudi dan Thailand membawa kepada pemecatan Ivankovic.
Silhavy merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan Republik Czech dan berpengalaman membimbing pasukan di ranking 39 dunia itu dalam saingan Euro 2020.
🇴🇲 BREAKING! The Omani Football Association announced the signing of 🇨🇿 Jaroslav Šilhavý as the head coach of the national team. The 62-year-old manager coached the Czech Republic national team from 2018 until November 2023. pic.twitter.com/E9MsBeibK6
— BabaGol (@BabaGol_) February 1, 2024
Malah, beliau pernah memenangi gelaran juara liga utama Republik Czech bersama kelab Slavia Prague bertugas sebagai ketua jurulatih Oman.
Oman yang berada di ranking ke-74 dunia sudah pasti mahu bangkit memburu kemenangan ke atas Harimau Malaya dalam dua perlawanan kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026Â di Muscat pada 22 Mac sebelum mereka bertandang ke Kuala Lumpur, empat hari kemudian.
Sudah pasti skuad kendalian Kim Pan-gon bakal menerima tentangan sengit apabila Silhavy mahu membuktikan sesuatu selepas mengambil alih Oman.
Harimau Malaya dijangka kembali menjalani kem latihan pusat di Dubai, UAE pada penghujung bulan Februari ini. Beberapa perlawanan persahabatan bakal diatur di sana bagi memastikan tahap kecergasan pemain berada dalam keadaan terbaik.