Ketua jurulatih baharu Oman, Jaroslav Silhavy melaungkan keyakinan pasukannya akan meraih kemenangan ke atas Malaysia pada aksi kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Sultan Qaboos malam ini.

Beliau yang membantu Republic Czech layak ke Euro 2024 sebelum menyertai Oman menyifatkan Harimau Malaya bukan lawan yang mudah berdasarkan prestasi dalam saingan Piala Asia 2023 bulan lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, pengendali berpengalaman yang berusia 62 tahun itu turut mendedahkan telah merancang taktikal rahsia untuk memerangkap para pemain Malaysia.

“Kami telah buat kajian dan analisis terhadap pemain Malaysia. Kami tahu segala kekuatan dan kelemahan mereka. Ini akan membantu kami merancang satu taktikal yang bagus untuk perlawanan ini,” katanya seperti dipetik dalam Omanobserver.

Kelebihan juga memihak kepada pemain Oman yang memiliki tahap kecergasan lebih baik kerana mengharungi saingan liga kompetitif berbanding pemain Malaysia.

“Saya puas hati dengan prestasi dan disiplin pemain dalam sesi latihan. Saya cukup yakin Oman akan mencatat keputusan positif dalam perlawanan ini.

“Walaupun masa cukup singkat untuk memahami pemain Oman, kami juga telah meneliti semua prestasi mereka ketika saingan liga dan juga pemain yang telah lapor diri ke kem latihan pusat,” tambah Silhavy.

Silhavy merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan Republik Czech dan pernah membimbing pasukan di ranking 39 dunia itu dalam saingan Euro 2020.

Skuad kendalian Kim Pan-gon dijangka menerima tentangan sengit apabila Silhavy mahu membuktikan sesuatu selepas mengambil alih Oman.

“Perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Malaysia merupakan perlawanan yang paling penting bagi saya ketika ini.

“Saya ingin semua jurulatih, pengurusan, penyokong dan pemain bersatu sehingga mencapai satu tujuan iaitu kemenangan,” kata Silhavy.