Ketua jurulatih Persis Solo, Datuk Ong Kim Swee memberi pendapat beliau mengenai aksi persahabatan antara ASEAN All Stars menentang Manchester United pada 28 Mei ini.

Menurut laporan media Indonesia, menurut Kim Swee perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu hanyalah aksi pertunjukan.

Baca Juga:

‘Baik Lawan Malaysia Atau Indonesia’, Kata Ong Kim Swee

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee

“Bagi saya ini hanya pertunjukan. Kenapa Man United tidak turun melawan skuad kebangsaan Malaysia atau Indonesia? Itu jauh lebih masuk akal,” katanya.

Malaysia sebagai tuan rumah hanya diwakili oleh seorang pemain iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli dimana dua lagi pemain masih belum diumumkan oleh FAM.

Ong Kim Swee
Sumber Gambar: FAM

Dua pemain yang sebelum ini menjadi wakil negara iaitu Dominic Tan dan Sergio Aguero yang tidak akan beraksi menentang Manchester United pada 28 Mei ini kerana komitmen bersama skuad kebangsaan.

Presiden FAM, Datuk Joehari Ayub menyatakan bahawa pihaknya sudah mencadangkan seramai 5 pemain kepada AFF bagi menggantikan Dominic dan Aguero.

Ong Kim swee
Malaysia’s defender #06 Dominic Tan shoots the ball past South Korea’s midfielder #11 Hwang Hee-chan during the Qatar 2023 AFC Asian Cup Group E football match between South Korea and Malaysia at Al-Janoub Stadium in al-Wakrah, south of Doha, on January 25, 2024. (Photo by Giuseppe CACACE / AFP)

“Kami tidak boleh melepaskan dua daripada tiga pemain Malaysia yang diminta untuk skuad All-Stars Asean.

“Mereka terikat dengan pasukan kebangsaan. Bagaimanapun, kami telah mencadangkan lima pemain lain sebagai pengganti kepada AFF untuk dipertimbangkan.

“Semuanya pernah beraksi pasukan kebangsaan sebelum ini – antaranya ialah Ahmad Khuzaimi Piee,” katanya.