Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai ketua jurulatih baharu kelab Liga 1 Indonesia iaitu Persik Kediri.
Persik mengumumkan ketibaan Kim Swee menerusi laman media sosial rasmi pasukan baru-baru ini.
Baca Juga:
- Selamatkan Persis Dari Tersingkir, Ong Kim Swee Mahu Kekal Di Solo

- Ong Kim Swee – ‘ASEAN All Stars Lawan Man United Hanya Aksi Pertunjukan’

- Datuk Ong Kim Swee Kongsi Perbezaan Liga Malaysia Dan Liga 1 Indonesia

Ong Kim Swee Teruskan Karier Di Indonesia
Persik merupakan kelab kedua di Liga 1 Indonesia yang diuruskan oleh Kim Swee dimana sebelum ini beliau mengendalikan Persis Solo.

Bekas pengendali Sabah itu berjaya menyelamatkan Persis daripada tersingkir ke divisyen kedua musim hadapan.
Kelab Jawa Tengah itu menghuni tangga ke-14, jauh berbeza ketika Kim Swee hadir sebagai ketua jurulatih baharu.
Sebelum ini, Kim Swee meluahkan hasrat untuk kekal membimbing Persis musim hadapan.
“Objektif utama adalah jelas – mengelakkan penyingkiran. Saya gembira kami berjaya melakukannya.

“Mungkin ada yang menganggap ia adalah kerja mudah, tetapi memastikan kelangsungan hidup selepas hampir enam bulan menunjukkan betapa kompetitifnya liga ini.
“Kami membawa masuk empat pemain semasa jendela perpindahan kedua, dan mereka membuat perbezaan yang besar,” katanya.