Datuk Ong Kim Swee teruja dalam memulakan babak baharu bersama Persik Kediri dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Kim Swee dilantik sebagai pengendali baharu Persik selepas menyelamatkan Persis Solo dari tersingkir ke divisyen kedua musim ini.

Baca Juga:

Ong Kim Swee Tak Sabar Mulakan Kerja

“Babak baru untuk saya bermula hari ini apabila saya menyertai Persik Kediri.

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee. Sumber Gambar: Espos.id

“Saya berterima kasih kepada Arthur Irawan dan pengurusan kerana mengalu-alukan saya datang ke kelab hebat ini dan meletakkan kepercayaan mereka terhadap keupayaan saya.

“Ianya satu inspirasi untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang kaya dengan tradisi dan penyokong-penyokong yang setia.

Ong Kim Swee
Sumber Gambar: Persik Kediri

“Saya tak sabar menyumbang semangat, dedikasi dan bekerjasama dengan semua pihak untuk mencapai cita-cita yang kita kongsi bersama.

“Saya tak sabar untuk belajar, bertambah baik dan memberikan segalanya baik di dalam dan luar padang bersama-sama Persik Kediri untuk mencapai matlamatnya,” katanya.