Mulai memasuki pasaran Malaysia hampir sedekad lalu, siapa sangka Delivery Hero selaku syarikat induk foodpanda memaklumkan akan menjual operasi foodpanda di Malaysia seawal bulan hadapan iaitu Disember 2023.

Mengumpul jumlah rider yang ramai serata negara, setakat ini syarikat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penjualan yang berlaku.

Dalam pada itu, difahamkan Grab yang menawarkan servis yang hampir sama menerusi Grabfood dilaporkan antara pembeli yang berpotensi mengambil alih operasi foodpanda di Malaysia.

Sumber: Mashable SEA

Berdasarkan laporan daripada NST, Delivery Hero mungkin menjual perniagaan food panda di Malaysia, Singapura, Thailand serta beberapa negara lain di Asia Tenggara dengan nilai mencecah RM5 bilion.

Pengambil alihan Grab dalam bisnes foodpanda sekaligus bakal menyaksikan syarikat ini memonopoli servis penghantaran makanan secara majariti dan sekadar bersaing dengan syarikat-syarikat lain seperti Misi dan ShopeeFood.

Sumber