Nama Guy Ritchie bukanlah satu yang asing dalam industri filem dunia. Beliau cukup terkenal dengan filem seperti “Snatch” dan dua filem “Sherlock Holmes”, di mana beliau adalah seorang pembuat filem yang menyeronokkan padat dengan komedi yang menghiburkan penonton.

Dalam filem terbaharunya Operation Fortune: Ruse De Guerre, perisik super Orson Fortune (Jason Statham) perlu menjejaki dan menghentikan penjualan teknologi senjata baharu oleh seorang jutawan broker senjata, Greg Simmonds (Hugh Grant).

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan berat hati, Orson perlu bekerjasama dengan beberapa ahli perisik terbaik dunia yang lain; Sarah Fidel (Aubrey Plaza), Nathan Jasmine (Cary Elwes), J. J. Davies (Bugzy Malone), Orson Fortune. Pasukan baharu Orson itu juga telah merekrut seorang bintang filem terkenal Hollywood, Danny Francesco (Josh Hartnett) untuk membantu mereka dalam misi penyamaran mereka dengan mengembara pelbagai tempat untuk menyelamatkan dunia.

Bagaimanapun rancangan mereka tidaklah mudah dan penuh dengan pelbagai plot yang tidak dijangka-jangka buat para penonton. Semestinya aksi Orson watak yang dibawakan oleh Jason Statham itu paling mencuri perhatian ramai.

Anda boleh tonton filem ini untuk tahu kesudahan sama ada krew Orson dapat selamatkan dunia atau sebaliknya di mana-mana pawagam berhampiran bermula hari ini.