Sebelum ini kita sudah diacah dengan berita kehadiran Oppo A98 5G, kini sudah dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Peranti ini merupakan pilihan terbaik buat anda yang berbajet rendah untuk kegunaan seharian.

Selain mempunyai rekaan yang premium, peranti ini dilengkapi spesifikasi yang baik. Ini serba sedikit informasi berkaitan peranti Oppo A98 5G yang dilancarkan di Malaysia.

Baca Juga:

Oppo A98 5G

Sumber Gambar: The Vocket

Oppo A98 5G hadir dengan skrin 6.72″IPS LCD FHD+ berserta sokongan refresh rate 120Hz, dijana cip Snapdragon 695, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 67W.

Untuk tujuan fotografi, kamera utama 64MP sudut lebar dipadankan dengan 2MP mikrolens dan 2MP kedalaman. Pada bahagian hadapan pula dilengkapi kamera 32MP digunakan untuk swafoto.

Sumber Gambar: The Vocket

Terdapat pengimbas cap jari diletakkan pada sisi kanan terbina pada butang kuasa. Bagi audio pula, Oppo A98 5G dilengkapi stereo speaker bersama ciri Ultra Volume Mode 2.0 yang boleh menambah kelantangan yang lebih tinggi.

Sumber Gambar: The Vocket

Oppo A98 5G bakal hadir dalam dua warna iaitu hitam dan biru. Malah, Oppo menjamin bahawa telefon akan beroperasi dengan lancar selama empat tahun seperti baru dikeluarkan dari kotak namun bukanlah bermakna tiada lag langsung.

Harga

Sumber Gambar: OPPO

OPPO Malaysia akan membuka pra-tempahan dari 15-18 Mei ini pada harga RM1,399 dengan hadiah percuma Oppo Band, TWS dan jaminan 1+1 tahun bernilai RM377 diberikan percuma dengan setiap pembelian. Jualan rasmi pula boleh dilakukan bermula 19 Mei 2023.

Sumber