Mulai dilancarkan pada pertengahan Oktober lalu, Oppo Find N3 Flip berjaya membawa dimensi baharu dalam arena telefon pintar boleh lipat dengan menawarkan peranti yang penuh gaya, unik dan juga memfokuskan kepada kamera.

Menariknya menerusi model yang dilancarkan pada kali ini, Oppo berjaya berkolaborasi bersama jenama kamera ternama, Hasselblad dalam menawarkan kualiti imej yang lebih baik bagi model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapkan dengan spesifikasi yang memukau. Penggunaan processor MediaTek Dimensity 9200, RAM 12GB, ruang storan 256GB beserta skrin yang LTPO AMOLED pada paparan dalam dan luar membuatkan model ini tampil sebagai sebuah pakej yang lengkap.

Mengulas mengenai harga, Oppo Find N3 Flip ditawarkan pada harga RM4,399 untuk 12/256GB. Sebelum membuat pembelian model penuh gaya ini, ayuh tonton terlebih dahulu review penuh Oppo Find N3 Flip daripada Helmie ini.