Mulai dilancarkan pada pertengahan Oktober lalu, kehadiran dua model unik daripada Oppo iaitu Find N3 Flip dan Find N3 Fold sememangnya dinantikan pengguna. Rekaannya yang unik beserta spesifikasi yang hebat membuatkan model ini menjadi para peminat.

Kami juga antara yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba model Oppo Find N3 Flip dalam mengetahui sejauh manakah model ini sesuai digunakan untuk kegunaan harian sekaligus membuatkan orang ramai beralih kepada telefon pintar dengan rekaan unik ini. Berikut merupakan review kami mengenai model penuh gaya daripada Oppo ini.

Baca Juga:

Rekaan

Kami mulakan review kami dengan membincangkan rekaan Oppo Find N3 Flip. Malah, tidak sah rasanya jika tidak membicangkan rekaan model yang unik ini.

Memasuki generasi ketiga Oppo Find N-series, jelas dapat dilihat model ini dilihat semakin matang dalam menawarkan produk yang lebih memudahkan pengguna.

Sebanyak empat warna ditawarkan buat para pengguna terdiri daripada Misty Pink, Dusty Black dan juga warna Cream Gold yang digunakakan oleh pihak kami.

Mengulas mengenai saiz, model ini sememangnya selesa untuk dipegang. Meskipun dimasukkan ke dalam poket sewaktu dalam keadaan tertutup, model ini tidak terlihat terlalu tebal dan menyerlah berbanding kebanyakkan model telefon pintar bersaiz 6.7-inci di pasaran pada ketika ini.

Buat anda yang skeptikal dengan peranti boleh lipat ini, Oppo memberi jaminan model ini sedia untuk dibuka dan ditutup sehingga 600,000 kali. Kami juga sudah mencubanya dan sejujurnya kami sangat berpuas hati dengan mudahnya membuka dan menutup model ini.

Skrin

Model ini hadir dengan skrin utama 6.8-inci beserta paparan LTPO AMOLED. Penawaran skrin dan paparan yang ditawarkan Oppo sememangnya tidak dinafikan agak memuaskan beserta sokongan HDR10+ beserta refresh rate sehingga 120Hz.

Bukan itu sahaja, model ini turut hadir skrin pada bahagian hadapan dengan saiz 3.26-inci di mana pada pendapat kami memadai untuk digunakan untuk mengambil gambar mahupun menyemak notifikasi.

Oh ya, pengguna juga turut berpeluang memilih wallpaper pilihan untuk disertakan pada skrin bahagian luaran ini.

Spesifikasi

Tidak hanya hadir dengan rekaan dan skrin yang memukau, Oppo turut berjaya menyertakan processor MediaTek Dimensity 9200 bagi model ini.

Pengguna bakal merasakan pengalaman yang lancar dan pantas sepanjang menggunakan model ini menerusi penawaran 12GB RAM beserta ruang storan 256GB.

Bermain game atau membuka aplikasi yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi sememangnya bukan masalah buat model ini.

Mengecas model dengan kapasiti bateri 4,300mAh bukan lagi isu yang 44W SUPERVOOCTM yang membolehkan pengguna mengecas Oppo Find N3 Flip dalam tempoh yang singkat sahaja.

Kamera

Mengulas dari segi kamera, model ini berjaya membawa kelainan berbanding model sebelumnya dengan menawarkan kolaborasi bersama Hasselblad.

Sebanyak tiga kamera pada bahagian belakang model ini terdiri daripada sensor utama 50-megapixel, lensa telefoto 32-megapixel dan juga lensa ultralebar 48-megapixel. Selain itu, kamera hadapan bagi tujuan selfie model ini hadir dengan sensor 32-megapixel.

Jelas Oppo sedia memberikan spesifikasi kamera terbaik buat para pengguna. Berikut merupakan gambar yang diambil menggunakan Oppo N3 Flip.

Diambil menggunakan lensa ultra lebar Oppo Find N3 Flip
Diambil menggunakan lensa telefoto Oppo Find N3 Flip

Diambil menggunakan kamera hadapan Oppo Find N3 Flip

Berdasarkan percubaan kami menggunakan kamera Oppo Find N3 Flip, dapat dilihat model ini berjaya menawarkan apa yang diperlukan pengguna menerusi lensa ultra-lebar, telefoto dan juga kamera hadapan.

Gambar yang dihasilkan boleh dikatakan agak baik namun sedikit kurang pada dalam menawarkan warna yang lebih terang dan jelas dalam beberapa situasi. Buat pengguna kasual, model ini dilihat sudah cukup baik dalam menawarkan kualiti imej yang baik.

Adakah berbaloi?

Oppo Find N3 Flip ditawarkan pada harga RM4,399 untuk 12/256GB. Syabas buat Oppo kerana berjaya menawarkan sebuah telefon pintar yang hadir dengan rekaan yang unik beserta spesifikasi yang hebat. Selain itu harga yang ditawarkan juga dilihat lebih rendah berbanding pesaing.

Model ini dikhususkan buat pengguna yang mahu mencuba sesuatu yang baharu pada telefon pintar Android. Pengguna pastinya akan merasai pengalaman penggunaan yang berbeza baik dari segi cara penyimpanan, penjagaan dan juga fungsi yang tersedia.

Rekaannya yang memukau pastinya membuatkan model ini menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi sewaktu dibuka dan ditutup. Penyertaan skrin pada bahagian luaran sememangnya sangat membantu manakala saiz yang kecil sangat membantu dalam penyimpanan.

Menariknya, bersempena jualan 12.12 yang bakal berlangsung, Oppo bakal hadiah tambahan buat para pengguna terdiri daripada designer case dan juga Oppo Care yang terdiri daripada screen protection plan selama setahun berharga RM699. Berbaloi bukan?

Sekiranya anda sudah bosan dengan rekaan telefon pintar masa kini, mendapatkan Oppo Find N3 Flip merupakan pilihan yang berbaloi. Kami yakin anda pastinya tidak lagi kekok selepas menggunakan model ini selepas beberapa hari.