OPPO Malaysia buat julung-julung kalinya mengumumkan pembukaan kedai rasmi dengan konsep Pro Design 3.0 di KLCC pada 24 Februari ini.
Bagi meraikan pembukaan kedai rasmi ini, OPPO turut menawarkan pelbagai tawaran menarik buat para pengunjung yang hadir.
Baca Juga:
- OPPO Enco Buds2 Pro, Earbuds ANC Dengan Penawaran Audio Berkualiti Pada Harga Serendah RM169
- OPPO Pad Neo, Tablet Serba Boleh Dengan Harga Mampu Milik
- Oppo Reno11 Pro, Peranti Yang Memfokuskan Kepada Mod Potret
Pelbagai promosi dan giveaway sedia ditawarkan termasuk flash sale yang bakal berlangsung selama 4 jam bermula 2PM sehingga 6PM.
Menerusi flash sale yang bakal dijayakan, para pengunjung berpeluang mendapatkan produk daripada OPPO serendah RM11 sahaja.
Sementara itu, OPPO bakal turut mengadakan cabutan bertuah di mana para pemenang berpeluang mendapat hadiah bernilai sekitar RM12,000 termasuk tiket menonton perlawanan akhir UEFA Europa League 2024. Para pengunjung yang membuat belian sebuah telefon pintar berpeluang menyertai cabutan bertuah ini.
Pelbagai lagi promosi menarik sedia ditawarkan buat mereka yang hadir. Ayuh sertai pembukaan kedai rasmi OPPO Malaysia di KLCC bertempat di tingkat 3, Suria KLCC ini. Mungkin inilah masanya untuk anda mendapatkan produk OPPO dengan harga berbaloi.