OPPO baru sahaja melancarkan jam pintar flagship terbaharu mereka yang dikenali OPPO Watch X. OPPO Watch X pada kali ini menampilkan beberapa pembaharuan menarik termasuklah ketahanan bateri selama 100 jam.

Tidak hanya memiliki rekaan yang menarik, jam pintar menampilkan spesifikasi dalaman yang cukup bagus untuk memastikan pengalaman penggunaan yang baik. Berikut merupakan spesifikasi OPPO Watch X yang baru dilancarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

OPPO Watch X

OPPO Watch X ini menggunakan sistem operasi Wear OS 4 di samping memiliki keupayaan dwi-sistem operasi yang mana bagi tujuan memastikan jam pintar ini mampu bertahan untuk tempoh yang lama berbanding jenama lain.

Sementara itu, jam pintar ini juga hadir dengan skrin 1.43-inci AMOLED dengan tahap kecerahan mencapai 600nits serta janaan cip Snapdragon W5 Gen 1 untuk menjalankan Wear OS. Malah, jam pintar ini turut dilindungi dengan pelindung kaca kristal sapphire.

Sumber Gambar: OPPO

Bagi memastikan aktiviti seharian anda berjalan lancar, jam pintar ini dilengkapi dengan ruangan storan 32GB berserta 2GB RAM memori.

Sumber Gambar: OPPO

Seperti yang diperkatakan, OPPO Watch X ini bakal memberikan jangka hayat mencecah 100 jam yang mana ia boleh dicapai dengan bekalan kapasiti bateri 500 mAh denga menggunakan sistem operasi RTOS padanya.

Sumber Gambar: OPPO

Oppo Watch X kini boleh dipratempah pada harga RM1399 dengan pilihan warna Platinum Black dan Mars Brown. Pelanggan yang melakukan pratempahan dari sekarang hingga 22 April layak menerima rebat RM100 dan membeli tali jam tambahan pada harga hanya RM1 berbanding harga asal RM129.