Sebuah syarikat bunker mewah yang berpangkalan di Perancis, Artemis Protection melaporkan bahawa tempahan tempat perlindungan atau lebih dikenali sebagai ‘bom shelter’ menerima peningkatan sejak Rusia menyerang Ukraine.

Pengasas syarikat itu Mathieu Séranne berkata beliau telah menerima beberapa tempahan dan ada juga pelanggan yang mula bertanya dengan lebih terperinci sejak dua minggu lalu.

Artemis Protection
Artemis Protection
Artemis Protection
Artemis Protection

Harga untuk bunker 236 kaki persegi versi “premium” mula dijual pada harga USD$300,000 dan boleh meningkat sehingga lebih daripada USD$500,000 (RM2 juta) bergantung pada permintaan peribadi dan jumlah yang ditempah.

Difahamkan bahawa pelanggan sanggup melabur ratusan dolar untuk bunker tersebut demi kelangsungsn hidup jika perang mula meledak. Ia juga dibina untuk keselesaan pengguna walaupun ketika musim perang.

Serene memberitahu Insider bahawa 85% daripada pelanggan Artemis Protection berasal dari Perancis. Manakala selebihnya datang dari Finland, Sweden, Norway dan Poland. Kini terdapat juga permintaan yang datang daripada pelanggannya di Qatar dan Arab Saudi.

Perang Rusia dan Ukraine, apa sebenarnya yang dimahukan Vladimir Putin? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Persis Sebuah Apartment, Ini Keadaan ‘Bomb Shelters’ Di Israel Untuk Kegunaan Rakyatnya

Gara-Gara Dikenakan Sekatan Ekonomi, Rusia Ancam Tinggalkan Angkasawan Amerika Syarikat Di ISS