Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati orang ramai supaya merujuk maklumat rasmi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) susulan kejadian gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di Segamat, Johor awal pagi Ahad.
Memetik hantaran Facebook rasmi beliau, MET Malaysia kini sedang menjalankan pemantauan susulan dan akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa.
Elak sebar berita gempa bumi tidak sahih
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya menasihatkan orang ramai supaya kekal tenang.
“Rujuk maklumat rasmi daripada MET Malaysia. Elakkan menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan,” kata beliau.
Orang ramai diminta dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan serta menghubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.