Berbaki 2 hari sahaja lagi untuk perayaan Krismas, boleh dikatakan di seluruh Malaysia sudah menghiasi dengan dekorasi yang mewah untuk sambutan kali ini.
Baru-baru ini, sebuah rumah yang bertempat di Pulau Pinang telah menjadi perhatian ramai apabila menghiasi sekeliling kawasan kediamannya dengan meriah bersempena sambutan perayaan Hari Krismas kali ini.
Selain memasang lampu berwarna-warni dari bumbung hinggalah ke pagarnya, terdapat juga patung figura sosok Santa Claus yang besar bersama rusa tunggangnya.
Namaun, apa yang mencuri perhatian lagi apabila pemilik rumah sanggup berbelanja membeli mesin ‘salji’ untuk menambahkan keseronokan perayaan Krismas bersama masyarakat setempat.
Maka, ramailah datang kerumun ke rumahnya untuk merasai pengalaman bermain salji seperti di luar negara dan sempat merakam momen indah bersama tersayang.
Menariknya, berbilang bangsa dan agama turut memenuhi ke rumah itu kerana teruja melihat kecantikan dekorasinya apatah lagi apabila adanya mesin salji yang dipasang untuk menambahkan kemeriahan suasana di sini.
@mohdfirdausyusoff Harini depa pasang Salji pulak utk meraikan org ramai.. #fyp #tiktok #rumahviral #decoration #chrismasdecorations #rumahchrismas #telukairtawarbutterworth
Video yang dirakam oleh seorang individu yang kebetulan berada di tempat kejadian telah meraih lebih 600,000 jumlah tontonan dan dihujani komentar dari netizen tempatan.
Rata-ratanya meluahkan keterujaan dengan situasi berkenaan di samping turut memuji pemilik rumah yang baik hati membelanjakan wang yang besar untuk raikan perayaan Krismas dengan orang ramai.
Dalam pada itu, ramai juga tertanya-tanya kos dekorasi yang dibelanjakan serta berapakah jumlah caj bil elektrik pada bulan ini memandangkan terdapat banyak dekorasi lampu dan juga adanya mesin salji yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.