Kehadiran pelancong ke Malaysia ada baiknya, namun ia akan jadi satu masalah jika mereka hadir tanpa membawa adab dan akal. Mungkin kenyataan ini boleh disamakan dengan kejadian seorang pelancong asing yang tenang mandi di salah sebuah kolam hiasan di sekitar KLCC.
Tindakan pelancong asing ini sempat dirakam oleh pengguna TikTok @hafizlazin dalam video berdurasi 32 saat yang menunjukkan seorang warga asing berpakaian merah berenang di kolam hiasan yang terletak di taman KLCC. Tindakan ia mendapat pelbagai reaksi netizen.
Baca Juga:
- ‘Orang Malaysia Sangat Baik’ – Pelancong China Kongsi Pengalaman Diberi RM200 Oleh Rakyat Malaysia
- ‘Banyak Sampah, Jalan Kaki Susah’ – Pelancong Asing Kongsi Pengalaman Jujur Bercuti Di Malaysia
@hafizlazin🧞Duyung dah kene tangkap😂
Pelancong itu seolah-olah ‘enjoy’ masa mandi beliau sambil diperhatikan orang ramai yang berkunjung ke KLCC. Dia kemudiannya kelihatan bergerak ke bahagian atas air pancut dan menikmati air di sana.
Tidak lama selepas itu, kelihatan beliau dipanggil oleh pegawai polis dan mendapat teguran di atas kelakukan beliau. Tidak pasti apakah tindakan lanjut yang diambil ke atas pelancong tersebut, tetapi kelakuan dia ternyata membuatkan orang ramai terhibur sekaligus tertanya-tanya “adakah dia okay?”