Pada akhir Disember dan awal Januari lalu, orang ramai cukup marah apabila tular beberapa rakaman ambulans terpaksa ‘mengalah’ memberikan laluan kepada konvoi VIP.

Kejadian itu telah menyebabkan netizen berasa kurang senang apabila nyawa pesakit di dalam ambulans kurang bernilai berbanding keselamatan konvoi-konvoi VIP.

Namun, baru-baru ini tular semula satu rakaman video di mana salah seorang pengiring bermotosikal Ketua Menteri Melaka telah bertungkus-lumus mengawal aliran trafik untuk ‘membuka laluan’ bagi membantu sebuah ambulans yang dalam kecemasan sewaktu beliau sedang menjalankan tugas mengiringi konvoi VIP.

Video yang tular itu merupakan sebahagian daripada video penuh yang pernah dikongsikan pada awal bulan Disember melalui saluran peribadi YouTubeĀ outrider tersebut. Rakaman tindakan murniĀ outrider ini berlaku lebih awal daripada insiden ambulans terpaksa mengalah terhadap konvoi VIP pada akhir Disember lalu.

SewaktuĀ outriderĀ ini sedang menjalankan tugasnya, beliau ternampak ada sebuah ambulans sedang menghadapi kesukaran untuk melepasi aliran trafik yang padat dengan kenderaan.

Lalu beliau segera memecut ke hadapan untuk ‘mengosongkan’ laluan tengah jalan bagi memudahkan ambulans tersebut bergerak melepasi kesesakan trafik dengan mudah untuk menuju ke destinasi.

Tidak lama kemudian, di pertengahan video penuh, outriderĀ ini terpaksa ‘berpisah’ dengan ambulans tersebut kerana beliau perlu mengiringi konvoi VIP ke tempat kediaman Ketua Menteri Melaka.

Rata-rata orang ramai memuji tindakanĀ outriderĀ tersebut kerana bukan sahaja berjaya menjalankan tugasannya dengan baik, bahkan masih sempat lagi membantu pihak ambulans yang dalam kecemasan untuk meredah kesesakan lalu lintas.

https://twitter.com/fiynsrdn_/status/1478649367397474305?s=20

Sumber Gambar: YouTube Hafifi Kadray

Bahkan wakil ambulans turut meninggalkan komen pada video YouTubeĀ outriderĀ ini mengucapkan terima kasih kerana membantu mereka melepasi kesesakan trafik.

Menurut Hafifi Kadray, itu sudah menjadi tugasannya untuk memastikan aliran trafik berjalan dengan lancar dan kebetulan pula ketika waktu itu kedua-dua pihak melalui satu jalan yang sama.

Tahniah dan tabik hormat kepada ‘Abang Outrider‘, Hafifi Kadray kerana berjaya membuktikan situasi dapat dikawal dengan baik semasa ambulans dan konvoi VIP berada di laluan yang sama pada satu-satu masa.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui FacebookĀ danĀ Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat dua rakaman video di bawah yang membuat netizen tidak berpuas hati apabila ambulans terpaksa berhenti memberikan laluan kepada pihak-pihak konvoi VIP.

Demi Lancarkan Laluan VIP, Ambulans Sekali Lagi Dilihat Terpaksa ‘Mengalah’ Bersama Pemandu Lain

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP

Sumber