Menurut pakar di Sekolah Perubatan Harvard, penyakit lambat atau lewat ke sesuatu temu janji sebenarnya penunjuk positif bahawa seseorang itu mampu untuk mengendali tekanan sehingga mereka meramalkan orang-orang yang ada tabiat ini akan hidup lama dan lebih bahagia.
Para penyelidik mendapati, orang yang selalu lewat kurang tertekan dengan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan atau mengejar sesuatu dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan tekanan.
Baca Juga:
- Malas Bangun Pagi Adalah Ciri-Ciri Orang Yang Pintar, Lapor Kajian
- Pakar Bahasa Dari Malaysia Pertahan Remaja Singapura Tak Fasih Berbahasa Melayu
- Ahli Politik Berbadan Gemuk Cenderung Untuk Rasuah, Lapor Kajian Antarabangsa
Tidak seperti orang yang berusaha untuk sentiasa menepati masa, orang yang sentiasa lewat tidak membenarkan masa memberi tekanan kepada mereka.
Selain berasa lebih baik dan sihat, orang yang selalu lewat cenderung mempunyai pandangan hidup yang lebih baik dan yakin.
Oleh itu, daripada memberi tumpuan negatif atau takut jadi orang paling lewat sepanjang masa, kumpulan ini dapat menjalani kehidupan terbaik mereka.
Tetapi jika sesuatu perkara itu tidak melibatkan orang – seperti temu janji yang melibat ramai orang – anda mungkin boleh lebih santai dan bersahaja. Lewat sikit pun tak apa.