Pada tahun ini, Malaysia telah pecah rekod apabila lima pelajar diterima dan bakal melanjutkan pengajian dalam program sarjana muda di Universiti Harvard, Amerika Syarikat bagi sesi 2026.
Difahamkan, ini merupakan rekod tertinggi bagi kemasukan ke universiti berprestij dunia itu. Lima pelajar Malaysia berkenaan terdiri daripada Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Chooi Je Qin dari Johor, Carisma Michaela Wong dari Sabah dan Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur.


Mereka terpilih daripada 61,220 pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang paling rendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus. Malah, kelima-lima pelajar tersebut akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang antaranya biokimia, ekonomi, politik dan sosiologi.
Untuk pengetahuan anda, Herman merupakan pelajar A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) di bawah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam manakala Carisma merupakan pelajar A-Level di KYUEM melalui biasiswa Yayasan Khazanah.
Je Qin pula mengikuti A-Level di sekolah antarabangsa, Kolej Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan, manakala Ishant kini mengikuti Program Matrikulasi Antarabangsa Kanada di Kolej Sunway dan Ee Jenn merupakan pelajar A-Level di Garden International School.
Dalam satu kenyataan oleh Alumni Penemuduga Kolej Harvard Untuk Malaysia, pencapaian itu amat membanggakan kerana sebelum ini, maksimum hanya dua pelajar dari Malaysia yang diterima masuk ke universiti berkenaan.
This is the largest number of students admitted to Harvard College in a single year in 🇲🇾's history! Each one of them have a unique story & represent the best of 🇲🇾, north to south, east to west. We wish them all the best & hope more students are inspired to apply. pic.twitter.com/MdvpAcu1Jm
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) April 2, 2022
“Kami sangat teruja kerana lima pelajar Malaysia ini memecahkan rekod dan diterima masuk ke Harvard dalam tahun yang sama. Sebelum ini, sekurang-kurangnya ada dua pelajar Malaysia diterima masuk setiap tahun dan adakalanya tiada,” kata seorang penemuduga, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob.
Tambahnya, pengajian di kolej berprestij itu tidak membebankan pelajar daripada keluarga dengan pendapatan di antara AS$75,000 (RM316,447)dan AS$150,000 (RM632,895) setahun kerana hanya perlu membayar yuran pada kadar kosong hingga 10 peratus mengikut pendapatan tahunan.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
‘Jerat Kehancuran Hidup’- Pinjaman Peribadi GOpinjam Dari Touch ‘n Go Undang Pertikaian Netizen
KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000
Pandu Kereta Pelanggan Sehingga Enjin Rosak, Tindakan Bengkel Ini Undang Kemarahan Pemilik Preve