Baru-baru ini tular sebuah video TikTok di media sosial memaparkan pemilik video membeli gula kapas berbentuk Ipin. Akan tetapi, hasil akhir gula kapas tersebut sangat berbeza.

Baca Juga:

Perkongsian video tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan hasil akhir gula kapas yang tidak sama seperti dipesan.

Melihat kepada hasil akhir gula kapas tersebut, ada netizen berseloroh bahawa ia seolah-olah berbentuk ‘Ceplos’ iaitu satu watak hantu dalam sebuah drama.

https://twitter.com/zairilizhn/status/1643960853514043392

Malah, ada juga netizen berasa terhibur dan mengatakan pembuat gula kapas tersebut mukanya serious ketika berkarya tetapi tidak sangka hasilnya begini.