Victor Osimhen memutuskan untuk menyertai kelab Turki, Galatasaray secara pinjaman. Dengan kelab tersebut membayar penuh gajinya.

Osimhen sebelum ini berbalah dengan Napoli berkenaan dengan kegagalan perpindahan ke Chelsea. Dengan Napoli menuduh pemain itu meminta gaji terlalu tinggi.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Sementara Osimhen pula menuduh Napoli menyusahkan perpindahan itu kerana meminta bayaran tinggi untuk dia berpindah.

Terdapat minat daripada kelab Arab Saudi, Al Ahli, namun Osimhen ketika itu mahu mengutamakan bola sepak eropah. Dia meletakkan rundingan dengan kelab Saudi ‘on hold’.

Malangnya perpindahan gagal dan Osimhen dilucutkan jersi no.9 miliknya yang diberikan kepada Lukaku. Osimhen juga menyatakan dia tak akan bermain lagi untuk Napoli dan jika gagal berpindah, dia akan berlatih sendiri.

Napoli sebelum ini menjelaskan bahawa klausa perpindahan Osimhen adalah €130 juta. Memandangkan kontraknya semakin menuju ke penghujung, Napoli meminta bayaran €80 juta yang jelas dianggap terlalu mahal.

Kini Galatasaray meminjam pemain itu dan dilaporkan membayar pakej gaji €10 juta semusim untuk pemain itu. Walaupun media di Turki melaporkan bahawa, Galatasaray hanya membayar €8.8 juta sahaja gajinya.

Kontrak semasanya akan berakhir 2026. Dengan ada klausa pengaktifan pilihan lanjutan setahun. Jika Osimhen dan Napoli setuju dengan pengaktifan itu, dia akan menerima kadar gaji yang sama.

Namun jelas sekali pemain itu mahu berpindah sebelum kontraknya berakhir. Jika Napoli gagal menjualnya pada pra musim hadapan, dia akan menjadi ejen bebas.

Sejak musim lalu lagi Osimhen sudah semakin tidak ada hati bermain untuk Napoli. Terutama sekali selepas pegawai media kelab itu mengejek dia yang gagal menyempurnakan penalti.

Kemudian turut mengejek rambutnya dengan troll berbaur rasis. Ejen kepada Osimhen malah mahu menyaman Napoli ketika itu.