Hollywood digemparkan dengan berita penggeledahan rumah P. Diddy, rappers terkemuka atas tuduhan pemerdagangan manusia dan aktiviti pedofil.
Dua anak lelaki P. Diddy iaitu Justin dan King Combs turut ditahan bersama dengans seorang lagi individu yang tak dikenali.
Baca Juga:
- Mirip Wajah Pelakon Hollywood, Netizen Dakwa ‘Dominic Toretto’ Jadi Penebar Roti Canai Di Kedai Mamak
- Ini Satu-Satunya Jenama Yang Kekal Sokong Johnny Depp Ketika Dia Diboikot Di Hollywood
- ‘Dah Macam Filem Hollywood’- Iklan Minuman Indonesia Ini Curi Tumpuan Netizen
Kedua-dua anak Diddy digari di luar kediaman bapa mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.
P. Diddy pula dikatakan melarikan diri dengan jet peribadinya ke Antigua.
IT'S A PIDDY FOR PDIDDY! HIS PAD GOT RAIDED WHILE HE WAS PDIDDLING AROUND AT THE AIRPORT. HE FLEW HIS PRIVATE JET TO ANTIGUA WHERE THE AUTHORITIES PROMPTLY SECURED HIS PLANE FROM TRAVELING. PDIDDY HAS BEEN CALLED THE "EPSTEIN OF THE RAP INDUSTRY". SEX TRAFFICKING IS PERVERSE.… pic.twitter.com/zypoIFHQwx
— itscommonsense2.0 (@mikeporter2023) March 26, 2024
P. Diddy bukannya nama asing daripada kontroversi seperti ini. Dia malah pernah dikaitkan dengan jenayah senjata api sebelum ini.
Pada Februari lalu, penerbit dan komposer Rodney ‘Lil Rod’ Jones memfailkan saman selepas mendakwa Didy melakukan serangan seksual terhadapnya.
Jones mendedahkan P. Diddy memaksanya melakukan hubungan seks dengan pelacur tanpa kerelaannya.
Jones turut menyatakan bahawa dia seringkali menjadi mangsa gangguan seksual oleh P. Diddy sejak dia tinggal bersama rappers itu pada 2022, dengan seringkali merabanya ketika di bilik mandi.
Bukan sahaja Diddy, Jones malah menambah seorang lagi dalam senarai pendakwaan iaitu Cuba Gooding Jr sebagai melakukan pengantunan seksual atau grooming.
P. Diddy turut melakukan aktiviti hubungan kelamin dengan gadis bawah umur, dan pelacur. Dia seringkali mengadakan parti seks di kediamannya. Dengan memberikan dadah kepada mangsa yang rata rata kanak kanak itu.
Dia turut didakwa merakam perbuatannya itu sebagai satu bentuk ugutan jika kanak kanak tersebut cuba membongkar kelakuannya.
Sebelum ini sudah banyak laporan tentang Diddy melakukan pengantunan seksual ke atas artis dan penerbit muda.
Malah ada yang mulai tidak senang melihat video lama ini:
Creepy video of P. Diddy 40 years old saying he wants to have a 48hr sleepover with Justin Bieber who is only 15 years old. People are saying P. Diddy needs to be investigated on charges for pedophila. pic.twitter.com/tf3MlldfhF
— Diana Wallace (@DianaWallace888) March 26, 2024