Hollywood digemparkan dengan berita penggeledahan rumah P. Diddy, rappers terkemuka atas tuduhan pemerdagangan manusia dan aktiviti pedofil.

Dua anak lelaki P. Diddy iaitu Justin dan King Combs turut ditahan bersama dengans seorang lagi individu yang tak dikenali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kedua-dua anak Diddy digari di luar kediaman bapa mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

P. Diddy pula dikatakan melarikan diri dengan jet peribadinya ke Antigua.

P. Diddy bukannya nama asing daripada kontroversi seperti ini. Dia malah pernah dikaitkan dengan jenayah senjata api sebelum ini.

Pada Februari lalu, penerbit dan komposer Rodney ‘Lil Rod’ Jones memfailkan saman selepas mendakwa Didy melakukan serangan seksual terhadapnya.

Jones mendedahkan P. Diddy memaksanya melakukan hubungan seks dengan pelacur tanpa kerelaannya.

Jones turut menyatakan bahawa dia seringkali menjadi mangsa gangguan seksual oleh P. Diddy sejak dia tinggal bersama rappers itu pada 2022, dengan seringkali merabanya ketika di bilik mandi.

Bukan sahaja Diddy, Jones malah menambah seorang lagi dalam senarai pendakwaan iaitu Cuba Gooding Jr sebagai melakukan pengantunan seksual atau grooming.

P. Diddy turut melakukan aktiviti hubungan kelamin dengan gadis bawah umur, dan pelacur. Dia seringkali mengadakan parti seks di kediamannya. Dengan memberikan dadah kepada mangsa yang rata rata kanak kanak itu.

Dia turut didakwa merakam perbuatannya itu sebagai satu bentuk ugutan jika kanak kanak tersebut cuba membongkar kelakuannya.

Sebelum ini sudah banyak laporan tentang Diddy melakukan pengantunan seksual ke atas artis dan penerbit muda.

Malah ada yang mulai tidak senang melihat video lama ini: