Pada hari semalam tular kisah sebuah premis makanan di Bandar Dato Onn terbakar sehari sebelum terlibat insiden kebakaran pada minggu lalu.
Perbuatan khianat itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di hadapan premis makanan tersebut.
Menerusi hantaran Instagram @klik.my, dua lelaki bertopi keledar datang ke premis kira-kira jam 3.32 pagi.
Lelaki pertama dilihat membawa plastik berwarna merah, dipercayai berisi cat merah di dalam.
Sementara lelaki kedua membawa botol putih yang diisi minyak petrol dan menyimbah sepanjang bahagian hadapan premis.
Kaki Suspek Lelaki Disambar Api
Selepas itu lelaki kedua terbabit segera bergegas ke bahagian tengah kedai untuk menyalakan api.
Sewaktu dia tunduk menghidupkan api, bahagian kakinya telah disambar api.
Dia segera berlari ‘terkedek-kedek’ untuk memadamkan api pada kakinya.
Rata-rata netizen yang menonton rakaman CCTV tersebut berasa puas hati melihat apa yang terjadi terhadap lelaki tersebut.
Pada masa sama netizen berharap pihak berkuasa dapat mengesan kesemua suspek yang terbabit dalam perbuatan khianat tersebut.