“Manusia merancang, Tuhan menentukan” — Itu yang menggambarkan situasi cemas dan mendebarkan yang dilalui oleh krew projek Al-Khair One Build dan pengurusan Restoran Al Safa apabila premis makanan terbaharu mereka di Bandar Dato Onn diuji dengan insiden kebakaran misteri, hanya sehari sebelum hari pembukaan rasmi.

Menerusi perkongsian TikTok @alkhair_one_build yang tular di media sosial, projek yang telah memakan masa berbulan-bulan dari segi perancangan, rekaan, dan kerja keras itu hampir musnah apabila sebahagian struktur dan kaunter utama restoran tersebut dilaporkan sengaja dibakar oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Sangat mengecewakan apabila melihat hasil titik peluh pasukan kami dirosakkan begitu sahaja sejurus sebelum pembukaan,” petik perkongsian Al-Khair One Build.

‘All-Out’ 30 Jam Tanpa Henti
@alkhair_one_build

Alhamdulillah, we did it! Restoran alsafa di bandar dato onn Just 1 day before opening, the area was damaged by fire. Our team quickly started cleaning, repair, painting, and carpentry works. Within 30 hours, everyone worked together as one unit to make sure everything was ready on time. Big thanks to the owner of Al Safa for the trust and support. Alhamdulillah, opening day is here. Wishing Al Safa all the best and great success ahead. #AlSafa #TeamWork #JohorBahru #alhamdulillah #bandardatoonn

♬ original sound – alkhair_one_build Sdn. bhd. – alkhair_one_build Sdn. bhd.

Namun, cabaran tersebut tidak mematahkan semangat mereka. Dengan sokongan padu dan sikap positif daripada pihak pengurusan Restoran Al Safa, satu operasi ‘mega cleaning’ dan pemulihan segera telah digerakkan secara drastik.

Bagai sebuah unit tentera yang mengejar masa, seluruh pasukan pembinaan, pembersihan, pengecatan, dan pertukangan kayu berganding bahu bekerja tanpa henti selama 30 jam berturut-turut demi memastikan restoran itu kembali ke keadaan asal.

Kesan jelaga hitam, kerosakan kaunter, dan sisa kebakaran berjaya dibersihkan serta dibaik pulih dalam masa yang sangat singkat.

Pembukaan Tetap Berjalan Lancar

Hasil daripada kerja berkumpulan yang luar biasa itu, Restoran Al Safa berjaya dibuka sepenuhnya kepada orang ramai tepat pada masanya seperti yang telah dijadualkan, iaitu pada Sabtu, 20 Jun 2026.

Majlis Grand Opening yang berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran ratusan pelanggan setianya yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral.

Pihak Al-Khair One Build turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan tertinggi kepada pemilik Restoran Al Safa atas kepercayaan serta ketabahan yang ditunjukkan sepanjang tempoh kritikal itu.

Bagi mereka, setiap cabaran yang datang pasti terselit pengajaran, dan apa yang berlaku di Bandar Dato Onn ini adalah bukti kekuatan sebuah kerja berpasukan.