Ketua jurulatih pasukan Sabah, Datuk Ong Kim Swee mahu kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil ditambah baik selepas salah seorang pemaninnya mengalami kecederaan ketika beraksi bersama pasukan negara dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024.
Pertahanan Sabah iaitu Dominic Tan mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir menentang Lebanon yang mana beliau dikeluarkan pada separuh masa kedua.
Baca Juga:
- Datuk Ong Kim Swee Bengang Padang SNBJ Punca Pemain Sabah Cedera
- Ini Gaji Park Hang-seo Ketika Kendalikan Vietnam
- Peminat Malu Singapura Tewas Kepada JDT
Dominic mengalami kecederaan kerana permukaan padang yang tidak rata sekaligus membuatkan Kim Swee merasa tidak puas hati dengan kualiti padang Stadium Nasional.
Menerusi laman media sosial X miliknya, Kim Swee mahu padang Stadium Nasional diperbaiki agar masalah sama tidak berulang pada masa akan datang.
Congratulations to our national team @FAM_Malaysia for winning Merdeka Cup. However, while celebrating this achievement, it’s also important 2 address the condition of the field of SNBJ. It was quite concerning & did not reflect the standards befitting such a great team & event pic.twitter.com/K0bxRM8nAB
— OKS (@OKS_Rhinos) September 9, 2024
“Tahniah kepada pasukan negara kita yang memenangi Pestabola Merdeka 2024. Akan tetapi, ketika kita meraikan kejayaan ini, penting juga untuk kita memberi perhatian kepada kualiti padang Stadium Nasional.
“Padang nampak membimbangkan dan tidak mencerminkan mutu kejohanan yang berprestij tinggi ini.
“Keadaan padang yang teruk bukan sahaja membahayakan pemain malah memberi kesan kepada perlawanan yang dilangsungkan.
“Kami harap pada masa akan datang, langkah yang betul diambil bagi memelihara padang agar berada dalam keadaan terbaik.
“Pemain kita layak untuk beraksi di padang yang baik dan selamat bagi menunjukkan kemampuan serta kualiti mereka. Sekali lagi, tahniah dan kita mahu melihat pasukan negara mencatat kemenangan dengan fasiliti yang ditambah baik,” kata Datuk Ong Kim Swee.
Seorang lagi pemain Sabah, Darren Lok juga hampir menjadi mangsa padang namun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan ketika beraksi pada separuh masa kedua.
Keadaan padang SNBJ bukanlah isu baharu dalam bola sepak Malaysia yang mana padang tersebut sering mendapat kritikan dari ramai pihak setiap kali digunakan untuk perlawanan bola sepak.