Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan Pahang mencatatkan jumlah kanak-kanak bawah lima tahun bantut tertinggi dengan 28.2 peratus, lapor MalaysiaGazette.
Beliau berkata sedemikian dalam Dewan Rakyat semalam.
Baca Juga:
- Anak Muda Dari Pahang Ini Bina Sistem Kira Untung Jual Makanan
- Kerajaan Negeri Pahang ‘Terkejut’, Tak Tahu Perancangan Plaza Tol Di Genting Highlands
- Baru Beli Kereta ‘Cash’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis
Ia diikuti Sabah dan Wilayah Persekutun Labuan (25.3%) dan Kedah (23.7%).
Bagi menangani masalah itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Malaysia 2023-2030.
“Pelan ini telah mengambil kira fungsi dan dasar di setiap kementerian dan agensi serta menitikberatkan penglibatan pelbagai pihak, cross cutting strategies dan pengukuhan kepada strategi sedia ada,” kata beliau dalam sidang Dewan Rakyat.
Beliau turut berkongsi statistik remaja terbantut; Sabah mencatatkan peratusan tertinggi (10.7%), Terengganu (9.1%) dan Kelantan (8.5%).