Kebakaran di Putra Heights pada pagi Hari Raya kedua mengejutkan rakyat Malaysia.
Siasatan awal mendapati bahawa kebocoran paip gas Petronas telah mencetuskan kebakaran di stesen minyak di Putra Heights, Subang Jaya.
Di mana ketika ini pihak berkuasa telah memindahkan penduduk terjejas ke kawasan pusat pemindahan sementara (PPS).
Pihak berkuasa bekerja keras untuk mengeluarkan mangsa daripada teperangkap dalam kebakaran tersebut. Mereka ditempatkan di PPS di Masjib Putra Heights ini termasuk warga emas.
Kebakaran di Putra Heights kerana paip gas bocor
Menurut laporan BH Online, kebakaran tersebut bermula pada waktu pagi apabila paip gas milik Petronas bocor. Dengan api merebak sehingga 500 meter.
Ramai yang mendakwa mereka terasa bahang api tersebut walaupun berada jauh daripada tempat kejadian kebakaran di Putra Heights itu.
#UPDATE 🇲🇾: More footage shows the inferno burning following the gas pipeline/petrol transfer station explosion in Putra Heights, Malaysia South of Kuala Lumpur.
The pipeline is reportedly 500m in length. Residents near the blaze are being warned to evacuate.
No word on… pic.twitter.com/TiOA4TiqiN
— Hexdline (@HexdlineNews) April 1, 2025
Beberappa video tular di media sosial menunjukkan api marak turut dapat dilihat daripada jarak beberapa kilometer jauhnya.
Ramai penduduk di sekitar turut melarikan diri ke kawasan lebih selama.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kira kira 8.10 pagi. Apabila berlaku kebakaran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya.
kebakaran area putra height sampai puchong rasa bahang dia 😭 pic.twitter.com/n8uB2g13Q0
— StrawberryBoyz⚡️🇲🇾🇵🇸 (@Fitri_Nizam) April 1, 2025
Api masih marak sehingga 10 pagi. Pihak Petronas menutup injap paip gas yang terjejas kerana kebakaran tersebut,
Petronas kemudian menyatakan bahawa kebakaran paip gas bawah tanah menjadi punca kepada kebakaran tersebut. Dengan orang ramai diberikan amaran agar tidak menghampiri kawasan tersebut.
Beberapa gambar dikongsikan di media sosial menunjukkan bahawa ramai penduduk sekitar alami kerosakan harta benda mereka kerana kebakaran tersebut.
Pihak Jabatan Alam Sekitar turut dikerah untuk membuat pemantauan kualiti udara di kawasan tersebut.
Buat masa ini masih belum dipastikan angka sebenar mangsa kebakaran tersebut.