Seorang influencer terkenal ditegur oleh seorang pak cik Cina kerana berada di premis makanan non halal.

Pak Cina tersebut tidak mahu influencer berbangsa Melayu Islam itu terlepas pandang tentang kedai makan tersebut.

Kejadian itu berlaku, ketika influencer tersebut dipercayai sedang membuat penstriman langsung dari kedai kopi Cina.

ready

Pak Cik Cina tegur influencer

Dia kemudian didatangi pak cik Cina yang menegurnya dan memberikan amaran bahawa kedai di situ adalah kedai makanan tak Halal.

Namun influencer tersebut menyatakan bahawa dia memang dah tahu itu adalah kedai kopi Cina, dia cuma minum air sahaja di situ, dan bukannya  makan.

Pak Cik Cina tersebut menegaskan bahawa dia cuma mengingatkan sahaja, kerana menurutnya: “Orang Melayu tak datang sini, sebab tempat tak halal.”

tak halal

Influencer tersebut mengucapkan terima kasih kepada pak cik Cina tersebut yang dianggap prihatin terhadap dia yang berbangsa Melayu berada di premis makanan tidak halal.

“Tetapi saya suka minum teh dan kopi Cina, sebab mereka buat sedaplah. Kopi tiada masalah,” kata influencer itu lagi.

Dia kemudian memberitahu pengikutnya: “Jadi geng, saya tak makan ya, saya cuma minum sahaja.”

Netizen agak berbelah bagi pendapat tentang apa yang berlaku. Mereka malah menyatakan bahawa: “Pak Cik Cina itu pun rasa bersalah tengok yang Melayu pergi duduk kedai makan Cina, yang Melayu pula tak rasa apa apa.”

Yang lain berkata: “Teh Cina memanglah sedap. Namun lebih baik cari kedai makan Cina muslim, lagi selamat dan terjamain  halalnya.”

tq

Selain itu ada juga yang kagum dengan pak cik Cina tersebut. Netizen menulis: “Memang ramai uncle yang prihatin seperti ini. Biasanya bos aku akan ingatkan aku tentang kedai tak halal, risau kami yang Melayu pergi ke sana.

“Kesedaran dah banyak, termasuk di pekan kecil. Inilah Malaysia yang saling hormati menghormati.”