Sebut mengenai Pak Mat Western, pasti ramai yang mengenali dengan jenama ini. Agresif menjalankan pemasaran menggunakan selebriti serta influencer antara yang membuatkan jenama ini dikenali ramai.

Memfokuskan bisnes berasaskan makanan, Pak Mat Western yang sebelum ini dengan kedainya serta produk Kambing Perap telah mengumumkan sebuah lagi produk terbaru mereka iaitu Kambing Sambal Hitam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian laman rasmi Pak Mat Western, pelancaran produk ini dibuat empat tahun selepas penawaran Kambing Perap Pak Mat Western di pasaran. Pengumuman ini turut menyaksikan Una selaku duta mereka mempromosikan produk terbaru mereka.

Melihat kepada pemasaran agresif Pak Mat Western, tidak mustahil produk terbaru mereka ini bakal turut diiklankan secara meluas dalam menarik perhatian orang ramai dalam mencubanya.

Sumber