Baru-baru ini, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil telah memuat naik video sambutan hari lahirnya bersama keluarga dan menariknya kerana Pak Nil perlu bermain sebuah permainan cari barang tersembunyi di sekitar rumahnya.

Menerusi video tersebut, Pak Nil perlu mencari barang tersembunyi dengan menggunakan klu diberi dan di setiap pertemuan, dia menerima wang RM10. Pada lokasi terakhir, dia menerima wang yang tidak diketahui nilainya.

Baca Juga:

@datukaznilnawawi

Dulu2 masa anak2 Paknil dan anak2 buah Paknil kecik, Game Cari Duit Tersembunyi ni adalah game yg Paknil selalu buat. Dengan clue yg ada, mereka akan cari sampai dapat Duit n simpan terus Duit tu. Duit pulak bukan singgit lima hengget. Tapi 50 atau 100 setiap kali cari. Semalam besday Paknil, anak Paknil Fifi kenakan Paknil dengan game yg sama! Korang Tonton sampai abes. Tengok banyak ke sikit Duit yg Paknil kena jejak tu!

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

“Dulu-dulu masa anak-anak Pak Nil dan anak-anak buah Pak Nil kecil, Game Cari Duit Tersembunyi ni adalah game yang Pak Nil selalu buat.

“Dengan clue yang ada, mereka akan cari sampai dapat duit dan simpan terus duit tu. Duit pulak bukan singgit lima hengget. Tapi 50 atau 100 setiap kali cari.

“Semalam besday Pak Nil, anak Pak Nil Fifi kenakan Pak Nil dengan game yg sama!” tulis Pak Nil.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan ucapan hari lahir kepada Pak Nil.

Selain daripada hadiah dan sambutan hari jadi yang menjadi perhatian, ‘kedai runcit’ dalam rumah Pak Nil juga menjadi bualan netizen. Segelintir netizen pada awalnya menyangka Pak Nil perlu ke kedai runcit tetapi terkejut rupanya dalam rumah tersebut terdapat bilik yang dipenuhi barangan keperluan di susun seperti di kedai runcit.