Selepas 12 tahun meninggalkan dunia penyiaran, Pak Nil atau nama sebenar, Datuk Aznil Haji Nawawi kini kembali sebagai penyampai radio di Kool 101 bermula pada 4 Mac 2024.

Untuk pengetahuan anda, Pak Nil akan keudara pada setiap hari Isnin di segmen Pagi On Point Extended bersama Haiza dan Muaz bermula dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Baca Juga:

@kool101my

Pagi On Point Extended bersama @MY HAIZA @HeyMuaz dan @aznilnawawihm !! Setiap Isnin bermula jam 7 pagi! Siapa rindu nak dengar gelak Pak Nil? Haaa nanti dah boleh dengar selalu tau 😆 Dengarkan Pagi On Point Extended bersama Haiza, Muaz + Datuk Aznil di frekuensi atau aplikasi AUDIO+ sekarang! #Kool101 #DJKool101 #PagiOnPoint #AznilNawawi #PakNil #pagionpointextended

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Ketika ditanya alasan Pak Nil memilih untuk kembali dalam dunia penyiaran dan memilih Kool 101 sebagai stesen pilihan, Pak Nil mengatakan kali ini dia dapat memberikan pendapat sebagai seorang individu yang sudah banyak makan garam terhadap setiap permasalahan diutarakan oleh pendengar.

Tambahnya, segmen yang akan keudara lebih kepada interaksi bersama pendengar dimana pendengar boleh berkongsi masalah mereka berkaitan perhubungan, kekeluargaan mahupun kehidupan.

Susulan itu, Pak Nil akan memberikan pandangan, nasihat dan tips peribadi beliau serta segmen itu bukanlah segmen yang berkaitan kontroversi.